06 February 2010

I Likee!!!

Heh!
Isnin atau selasa da dapat kete!
sonok! sonok!
lalalala

sape nak ikut ronda-ronda nek kete baru??
meh isi borang, wat appointment!

heh! poyo jek.

03 February 2010

Ahh betul-betul tak ada masa

Bukan bosan ke ape je..tapi memang sangat tak ada masa.
Ada perkara penting dari semua ni.
Mungkin akan bercuti untuk jangka masa yang panjang.
Semoga semua happy-happy saja.

adios!

25 January 2010

Ape ni? Tak malu ke?

Ye, memangla diri orang, suka hati orang la nak watpe. Huhu tapi kan...Berpada-pada la ye...





Semalam aku balik ke maktab dengan abah ngan mama. Adik-adik yang lain tak ikut sebab dok sibuk main bola kat padang. Dalam perjalanan, dekat simpang kua highway dari kl ke bangi tu, terjadilah satu adegan yang aku anggap kurang senang. Oleh kerana naik kereta avanza, jadi kedudukan aku ni agak tinggi dari kereta yang rendah-rendah ni. Tiba-tiba aku terpandang sebuah kereta kancil kat sebelah. Aku tengok perempuan ni elok je pakai tudung, baju kurung, tapi nampak pelik siket. Bolehla yang si laki ni tengah drive pempuan ni gi baring kat a.k.a peluk laki tu. Tangan yang laki paut kat bahu si pempuan. Hemohemohemo.. mesra gitu. Buatnye tangan ko tak boleh kawal stereng kereta tu, amacam? Oh lupa....walau apa pun terjadi, kita takkan berpisah...lautan api sanggup ku redah...apekejadah?? Sat agi ada pulak berita sepasang kekasih ditemui mati terbabas dalam keadaan berpelukan. Malu mak bapak je. Oh aku oleh kerana JAKUN, menoleh ke kereta tu banyak kali sampaila si jantan perasan dan lepaskan pempuan tu. Tau pulak malu. Tapi aku macam kenal la laki tu, macam familiar je...Ahha!

Oh mereka suami isteri mungkin kan? aku pun terfikir macam tu gak mula-mula. Then teringat apa mak aku cakap sebelum tu. Peristiwa yang sama gak. Kami dalam kereta baru je nak kuar simpang dari flat polis tu. Tiba-tiba mak aku jerit, tengok tu!! aku ngan abah pun tengokla. Oh, ade dua orang hamba Allah ngah naik motor. Tak pakai helmet pon. Si pempuan elok je paut leher laki tu dari belakang, kepala rapat ngan pipi laki tu. Mendongak si laki tu. Mak aku terus gi tekan hon kereta, maka dua orang manusia itu pon berpalingla menunjukkan mukanya. Abah cuma geleng kepala. Dan aku pon cakapla kat mama, biarlah, laki bini tu. Mak aku terus membalas balik, Laki bini takdenye buat macam tu. Takdenye nak tunjuk-tunjuk macam orang kemaruk. haha gelak aku. so, berbalik pada kisah kete kancil kat atas tu, mereka juga bukan suami isteri. Haha kesimpulan awal.

sampai di maktab, bercerita perihal tadi pada kawan, tiba-tiba teringat sati lagi kisah. Petang tu, ikut kawan menghantar sahabat-sahabat yang nak balik ke Terengganu, Kelantan dan Kedah. dah lambat dah, tinggal beberapa minit je lagi bas akan bertolak. Dalam prjalanan naik myvi tu, tiba-tiba ternampak sepasang kekasih dalam kereta tengah kissing. Adoyai. Kawan yang tengah drive sampai hilang fokus. Aseyh...Oleh kerana nak wat diorang tu sedar siket, kitorang dok toleh je kereta tu. sampaila diorang perasan dan tak wat dah pastu. haha si perempuan cover-cover malu. Apedehal ko nak malu ha? Malu kat Allah lagi bagusla dari malu kat kitorang ni ha. Ye dak?

Yang peliknya, tak pelik dah kot, rata-rata orang melayu yang buat camni. Kadang-kadang bila tengok orang sekeliling rase sedih gak. Tengok remaja sekarang...Pernah juga banyak kali nampak budak maktab ni yang keluar kat alamanda, mines dok bepeluk-pelukan. Kat maktab cantik tudung labuh, manis muka, bersih je...tapi memang tak sangka kat lua macam tu. Tak semua. Tak tau nak komen apa. Dah besar, masing-masing boleh fikir.

Memangla hak korang nak wat ape pon. dosa sendiri tanggung? Yang tengok ni pon dapat dosa free, korang dua kali dosa dapat. Kawallah sikit, kalau dah tak boleh blah sangat, gi la jumpe mak bapak pempuan, gi bincang, nikah je terus. Dari dapat dosa free, dapat gak pahala bina masjid.

Sekadar renungan...

22 January 2010

A'ah aku dah betunang! apedehal????



Wah2..aku bengang ni ha. Tenang...tenang...
Aku tak paham. Aku tak paham. Aku tak paham.
Ape masalah ko sebenarnye ni?
ape yang tak puas hati sangat ni ha?




Aku rapat ngan die ko tak suka
Ko kate aku buat maksiat kan?
Cepat-cepat kawen kan??




Aku jalan dua orang pegi makan dekat ikan bakar tu pon ko bengang kan?
Ko pelik nape pak guard bagi aku lepas kan?
padahal orang len nak kuo bedua pak guard xbagi kan?
Macam-macam ko korek kan?
amboi....ko ingat telinga aku ni telinga ape?




hello! ko nak kutuk ko kutuk depanla ye...
ko cakap belakang ape ko dapat.
jangan ingat aku tak tau
ye ko nampak aku tak amek tau sangt kan pasal budak lain.
melainkan kawan2 kelas aku tu kan
tapi jangan ingat aku tak tau
aku buat tak tau je.




pelik! aku balik tiap minggu pon ko kate aku merayau umah jantan kan?
pehal ko ni ha? pe masalah ko?
ko ingat aku takde mak bapak ke?
ko ingat aku takde nenek atok ke?
ko ingat aku takde makcik pakcik ke?
sodapp molot ko becakap na...
aku cili ngan cili kering afrika selatan kang baru ko tau
baru mulut ko nak tejuih macam bibir angelina jolie
macam bibir negro
ko nak??




hemohemohemo
tak paham la ngan manusia cam ko
yang ko sebok nak tau hal aku nape?
kawan yang rapat ngan aku pon reti respect aku
aku tak nak cakap diorg relax je
yang ko lebih-lbih ni nape?
nape? ko jeles ngan bf aku ke?
hensem lagi dari jantan simpanan ko yang melambak tu?
weh nak cakap cermin diri
bukan cermin muka je
asal lawa leh wat suke ati la?
pigidah!!




ha ye! aku dah betunang!!
puas hati ko????
sekarang tolong diam
ni yang ko nak tau sangat kan???
cis!







18 January 2010

Kerana dia kau jatuhkan aku

Aku tahu berhasad dengki, berdendam tu tak baik untuk kesihatan. Tapi aku dah mencuba namun sehingga kini masih belum mampu menahan diri dari semua itu. Ujian sangat hebat bagi aku rasanya. Sakit berdendam ni parah.





Aku? mungkin masih berdendam. Dengan 'dia' yang mengganggu hidupku satu masa dulu. Kisah tu takkan terluput dari sanubari. haha melekat mungkin. 'dia' yang membuat hidupku satu masa dulu kucar-kacir. kerana dia aku separuh gila. kerana 'dia', aku dituduh seperti perempuan murahan. kerana 'dia' aku dituduh tidak setia. kerana 'dia'. dan yang sangat membuatkan aku sayu, kerana 'dia' juga seperti aku. 'dia' juga seorang wanita. seorang wanita yang memahami isi hati seorang wanita yang lain. kalau difikirkan...mana mungkin 'dia' membuat aku kecewa macam ni. kalau kamu kata, seorang wanita memahami isi hati wanita lain. ye, betul...tapi tak semestinya seorang wanita akan mengalah dengan wanita lain. tak mungkin dia akan mengaku kalah.



natijahnya? aku rasa sukar untuk aku memaafkannya. dah terlalu banyak parut yang dicoretkan dalam hati ni. dah terlalu banyak. sampai bila fikirkan tentangnya, hati aku jadi panas. jadi membara dan membuak2. ikut rasa hati, mahu saje aku maki-maki empunya diri. sungguh. melututlah kat aku pun, terlalu berat kemaafan untuk kamu. sampai satu tahap, sampai mati pon aku tak akan maafkan 'dia'. kejamkah aku? korang sume bebas nak cakap apa.




kepada kamu:

 satu persatu dugaan dari yang maha Esa menimpa kamu. tapi bukan hak aku menuduh itu pembalasan dari perbuatan keji kau pada aku satu masa dulu. dan bukan aku tak tahu, malah aku sering ambil tahu. semua yang kau bohongkan pada aku dan org yang kau sayangi menjadi nyata bukan? kamu sering mempermainkan kuasa Allah menyihatkan kamu....dengan memberi alasan kamu sakit. sekarang kamu benar-benar sakit bukan? kamu sering mempermainkan kuasa Allah memberi akal untuk kamu berfikir...seringkali kamu berdusta tentang kebijaksanaan kamu dalam pelajaran dengan tanpa putus mendapat keputusan yang cemerlang, lalu kau riak2kan kebohongan itu kan? Lantas tuhan tunjukkan dengan kamu terkandas dalam peperiksaan semester akhir pengajian diploma kamu dan tak dapat merasai keseronokan konvokesyen seperti sahabat-sahabat yang lain bukan? 


aku hanya manusia biasa....aku juga berbuat salah, tapi bukan cara aku menghukum mereka tanpa belas. tapi kamu? kamu tanpa belas membuat aku jatuh tersungkur. kamu tanpa belas melihat aku seorang wanita seperti kamu hampir pasrah dan putus asa dalam meneruskan hidup.. kamu seorng wanita seperti aku...sanggup menjatuhkan aku! kerana seorang LELAKI!! kerana LELAKI!!!


dan kerana itu....kemaafanku begitu mahal untuk kamu!

17 January 2010

Rimas

Adoi aku rimas betul sekarang.
semuanya dah serba xkena.
Ape nk jadi pon tak tahu lah.


Memerlukan pembantu peribadi saat ini.
Ada yang mahu?
Tiap petang aku belanja makan aiskrim.




mahu? mahu?
bagitau aku secepat mungkin yea...




+sayang kamu..+

13 January 2010

Cuba try laki period! Ha sanggup ke tahan sakit?

Ha cube..cuba...sape yang berani tryla... ada laki-laki yang sanggup nak tahan sakit pempuan yang period?? aa...nak marah la ni... sape berani?




ala yela...bolehla cakap..laki kan kuat..cuba bagi rasa sakit senggugut tu kat laki. dua tiga hari sakit senak-senak perut yang teramat. sanggup ke? tahan ke? ke dah lembik terbaring? ala tak payah la tipu... baru demam sikit dah terbaring tak larat. tangan luka sikit dah kecoh sakit satu rumah. betul tak? apa lah sangat sakit kena pisau tu kalau dibandingkan pulak dengan sakit bersalin. ha jawab...jawab...




pelik la bila ada kaum lelaki yang memperlekehkan sakit senggugut ni...sakt bersalin....wei kalau mak korang tak bersalin takdela korang kat sini. wui besar tau pahala orang bersalin ni. tak tau ke? ade yang cakap baru senggugut sikit dah kecoh. pakcik weh... kalau la korang diberi peluang rase....baru korang tau kan?  senggugut boleh sampai pengsan tau. sampai kejang satu badan. muntah-muntah. demam-demam. hum yela maybe korang tak pernah tengok orang sakit senggugut kot.



yang pempuan pon bukan semua dapat rase sakit senggugut. ade kawan-kawan aku yang tak pernah pun rase senggugut tu macam mane. tapi ade yang cakap sakit sengggut tu baru sikit je rase sakitnye dari sakit bersalin. ha boleh bayangkan tak? betapa sakitnye senggugut dan betapa lagi sakitnye bersalin???




ok kesimpulannya...janganlah nak marah-marah atau kutuk-kutuk orang yang sakit senggugut ni ha. kesian tau. bukan sakit sikit-sikit. bukan sakit main-main. lagi satu ingat. jangan ingat kalau perempuan bersalin suami tak rase sakit. banyak kes yang isteri bersalin senang je tak rase sakit tapi suami menanggung sakit bersalin isteri sampai hampir pengsan? bertuah kan lelaki macam tu? baru lah dia tau hargai pengorbanan seorang isteri =)



 

Blog Template by YummyLolly.com